BREAKOUT STORY
Assalamualaikum..
If you wanna read positive review about Nu Teen
skincare, here I will share my good experience with Nu Teen. Tpi kena ingat
satu hal, we have different type of skin. Jadi penerimaan kulit agak berbeza.
Saya pakai elok. Maybe ada orang yang x berkesan pun.
Macam mana saya boleh berkenalan dengan Nu Teen
ni? Ok macam ni cerita dia, haritu saya pakai one of local product. It’s sooo good...
At fisrt, it is superrrr wonderful skincare...I love my skin so much masa tu..
Sebab rasa glowing and ringan je kulit. Nak dijadikan cerita satu haritu
terbaca lah berita pasal product tu ada mercury. OMG! I should stop using this
local product. Lepas je stop... HABESS... Muka jadi breakout.. Mesti korang
pernah dengar kan,, ada certain product ni bila dah start pakai xleh stop.
Nanti breakout lah apa lah. Tapi kalau teruskan akan ada kesan jangka
panjang.
Lepas je I stop pakai that local product, my
skin getting worst day by day. Bermula dengan bintik kecik-kecik, bertukar
menjadi segerombolan jerawat. Siapa tak sedih. Kulit asal walaupun tak perfect
tapi still x teruk. Kulit I paling jarang naik jerawat, ada jeragat sikit2 je.
Tapi dunia I dah berubah. Jumpa je sedara mara pakat tegur kenapa pipi tu..
Pakai apa jadi macam tu.. KO RASA?? Stress laa.. Kita pompuan taww... Kita
pentingkan kecantikan.
![]() |
belah ni la teruknya..sebelah lagi kurang la sikit. |
Lepas dah jadi macam ni I decide nk guna product
dari drugstore. Masa ni tak pandai lagi study pasal keperluan kulit dulu baru
beli product. I main beli je. Padahal muka naik jerawat ni. I beli Garnier
Sakura White. Hello.. tu untuk putihkan kulit. Masalahnya kulit I berjerawat.
Dah pakai xde effect kat jerawat, I pon decide nk tukar. Study la sikit2 pasal
skincare. Banyak baca blog orang. Lah..rupanya ada spesifik product untuk
spesifik masalah kulit. Dah kulit berjerawat tu, cuba lah ikhtiar pakai product
untuk jerawat. Contohnya yang famous ni OXY, AIKEN blablabla... nak tengok
jugak cetaphil tapi..emmm..tak mampu...
Dah paham sikit2 pasal kulit, I pon pergilah ke
Guardian, nak intai2 AIKEN. Pusing punya pusing terpandanglah satu product kat
rak bawah sekali yang tertulis BYE BYE BREAKOUT!. Eh... macam dah jumpa je..tapi
disebabkan serik dan nak lebih berhati-hati, I bersila dulu kat dalam Guardian
tu, buat researh sikit2 pasal nu teen. Tak banyak review pon. Mesti tak ramai
orang pakai.. tapi macam boleh try..sebab dia mmg untuk orang masalah
breakout.. Yang warna hijau la, kalau biru untuk blackhead. So, I pon tawakal
laa..try Nu Teen ni dulu. Berani try ni sebab murah. Kalau tak mana la I
berani.
NU TEEN REVIEW
Dah try pakai, so boleh la buat review kan... Nu
Teen ni sesuai rupanya ngan kulit I. Dia slow taw,, xde lah pakai harini esok
flawlesss No... Product drugstore ni kita kena guna dia beserta dengan kesabaran
yang tinggi dalam hati nurani paling dalam. Why? Maybe sebab dia tak banyak
letak chemical kot. I pon tak tahu jugak. I pakai pencuci muka, toner dan gel
jerawat dia. Actually gel jerawat dia sangat bagus. Sebab memang mengecutkan
jerawat.. Letak je, biarlah muka macam buruk sikit time tempek tu an,, tapi
kesan dia sangat bagus. Yang paling best, dia tak meninggalkan parut hitam.
Saya amalkan 3 step ni:
1.
Cleanser/ Pencuci Muka
Saya pakai 3 kali sehari. Pagi (bangun tido), petang (antara zohor ke asar), malam (sebelum tido). Texture dia likat macam aloe vera punya gel. Buih ada, tapi tak banyak mcm sabun lifebuoy la. Ada sedikit bau best. Tapi x taw bau apa. Macam extract tumbuhan giteww.
- Toner
Toner ni saya pakai lepas cuci muka guna cleanser dia. Jimat letak 2 titik dah rata satu muka. Guna kapas muka okay!
3. Gel Jerawat
Untuk gel jerawat pulak I
apply lepas toner. Kalau x de aktiviti I apply tebal. Klw nk keluar I apply
nipis je. Sebab warna dia mcm teh gitu, perang-perang sikit. Apply 2 ke 3 kali
sehari. Biasanya lebih dengan harapan cepat jerawat tu kecut. Kalau jerawat
yang baru bagi salam tu biasanya tak jadi keluar. Tapi kalau jerawat yang dah
otai lambat sikit la. Tapi berkesan jugak.
Kesannya …..
Dalam
seminggu.
![]() |
Boleh nampak beza tak? |
Sekarang dah 2 bulan pakai. Tapi kena konsisten la. Jangan pakai on off. Alhamdulillah, jerawat tinggal 2, yang betul2 degil je ni. Tapi dia x timbul, dia ada kat dalam sana haa.. Yang lain tinggal parut. Biasalah dah breakout kan. Takkan lah terus flawless, slow2 laa.. lepas pulihkan jerawat kita pulihkan parut pulak. Lepas dah xde parut kita cari product utk naik seri pulak. Step by step giteww.
![]() |
Masih stress sebenarnya ada parut ni. Tapi bersyukur sangat jerawat dah xde. |
So, sampai
sini dulu perkongsian merangkap review product Nu Teen. Thank you J and doakan sis flawless..
xoxo!